Kejadian Rusuhan Di Kuil India Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 – LDP Puchong | Vid 1

USJ
スポンサーリンク
Kejadian Rusuhan Di Kuil India Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 – LDP Puchong | Vid 1

Kejadian Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 – LDP Puchong

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, individu daripada kedua-dua kumpulan berkumpul di kawasan tapak kuil berusia 140 tahun  terbabit sebelum tercetus pergaduhan.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, sebaik menerima laporan pihaknya tiba ke lokasi bagi memastikan keadaan terkawal tanpa berlaku sebarang rusuhan.

“Punca kejadian adalah perselisihan faham antara dua kumpulan berkenaan isu perpindahan kuil.”

“Setelah menerima laporan, polis sampai di kawasan kuil bagi memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang rusuhan berlaku,”katanya.

Menurutnya, polis akan melaksanakan tugasan mengikut peruntukan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam  semasa proses pemindahan kuil.

Perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, menjadi punca pergaduhan di sini awal pagi tadi.

Beliau  dalam pada itu menasihatkan orang ramai tidak mengambil apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang.

Terdahulu, pada 25 Oktober lalu pengguna lalu lintas terpaksa berdepan kesesakan teruk susulan daripada tindakan sebilangan pihak yang berhimpun bagi membantah pemindahan kuil berhampiran laluan menuju ke Plaza Tol USJ.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dihubungi bagi membuat kawalan susulan kekecohan di lokasi.

Sementara itu, Kerajaan Selangor dikatakan tidak pernah mengarahkan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya dekat sini dirobohkan, sebaliknya arahan pemindahannya ke lokasi lain dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, berdasarkan Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 11 Mac 2014, empat pihak terlibat telah bersetuju memindahkan kuil tersebut dan menyerahkan kembali tapak kuil dalam keadaan kosong kepada pemilik tanah.

#viral #trending #kuil #rusuhan #pergaduhan #puchong #usj

USJ
usjtdlをフォローする
【USJ】VS【TDL】動画まとめ

コメント

キッズ動画まとめアンテナ